Saturday, 13 August 2011

MakiN deKat KiaMat, Makin JauH Kita DenGaN Allah ??

   Pada zaman skrang nih, dunia membgn dgn pesat dan teknologi makin canggih. Manusia semakin bijak. Pengarah Pelajaran semakin mementingkan softskill, menerapkan ciri2 kepimpinan dlm pljr supaya dpt jadi pemimpin yg berwibawa. Tetapi, sedarkah kita bahawa ciri2 org yg bertaqwa di kalangan kita makin pupus.Ini semua disbbkan oleh gaya hidup yg sudah berubah. Berubah agar dpt menyesuaikan diri dgn zaman dan isinya.Kebanyakan kita skrang cuma mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata2. Keperluan dalaman iaitu rohani kita tidak diambil kisah. Hati yg jauh drpd Allah adalah hati yg sakit tanpa kita sedari.Jgn lupa, spiritual yang lebih utama perlu disuap.Solat, cuma perbuatan fizikal, hati pulak entah ke mana.Apabila berpuasa, perut sahaja yg berpuasa. Hasilnya, ibadah puasa hanya kekal ritual.
   Waktu untuk melihat manusia sibuk di mlm hari dengan merayu sebuah keampunan daripada Allah seolah2 telah luput. Manusia skrang menghabiskan mlmnya dgn berhibur, tidur dan bermimpi indah.Bukan lagi tidur awal, bangun pada sepertiga mlm dan qiamullail utk memenangi cinta Allah.Yang tinggal hanyalah keriuhan kedai mkn pada waktu mlm , mula tidur saat orang mukmin sepatutnya bangun bertahajud dan membiarkan waktu Subuh berlalu bergitu sahaja. Berapa ramaikah di antara kita yang sudah lama tidak menyaksikan matahari terbit atau menikmati saat itu..??
  Saya pernah mendengar salah seorang kakak saya berkata, " Siang itu terang, jgn gelapkannya dgn dosanmu, mlm itu panjang, jgn pendekkannya dgn tidurmu". Sungguh, hati kita kering drpd cinta. Cinta kepadaNya.Apakah makin dekat kiamat, makin jauh kita drpd Allah..?? Nauzubillah! saya juga mengingatkan diri saya sendiri.Moga Allah buka hati kita dan mengurniakan kita cinta kepadaNya......

No comments:

Post a Comment