Saturday, 13 August 2011

JaGaLah HaTi....~


"Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru....."Hati umpama magnet. Semua amal ibadah adalah dengan tujuan untuk membersihkannya. Dosa mengotorkan hati. Hakikatnya ialah hidup merupakan satu perjlnn menuju Tuhan utk mempersembahkan hati yang bersih kpdNya. Hati mempunyai kuasa "menarik" sesuatu yang di luar diri kita. Apa yg bersemi di hati, menentukan apa yg diterima sbgai pantulannya. Hati yg baiik dlm diri menarik kebaikan dari luar diri.
Sebab itu, Islam sgt menekankan betapa pentingnya prasangka yang baik.Rasulullah selalu ingatkan kita supaya sentiasa bersangka baik terhdp Allah utk mendpt kebaikan drpNya.Dlm sebuah hadis Qudsi,"Aku(Allah) mengikut sangka hamba-hambaKu", (Riwayat Muslim).Sekalipun ketika berdosa, kita tidak diajar agar bersangka buruk dan putus asa drpd rahmat serta pengampunNya. Kata Syeikh Ibn Ata'illah: "Jgn smpai terasa bagimu kebesaran sesuatu dosa itu, hingga merintangimu drpd bersangka baik kpd Allah Taala, sbb barang siapa yg mengenal Allah akan merasa kecil dosanya apabila dibandingkan dgn keluasan rahmatNya".Firman Allah "Jauhilah prasangka kerana prasangka itu adalah sebahagian daripada dosa>",(Surah Al-Hujurat 49:12).Kesimpulannya disini ialah, jagalah hati kita drpd rosak....renungkanlah dan selamat beramal!..:)

No comments:

Post a Comment